Thursday 14 July 2016

SRITI WP Kesinambungan PASTI

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam atau singkatannya SRITI telah mula beroperasi pada Januari 2016 di beberapa buah negeri antaranya Kuala Lumpur. SRITI WP merupakan SRITI pertama yang beroperasi di Wilayah Persekutuan hasil daripada usaha Dewan Pemuda PAS WP yang sangat mementingkan aspek pendidikan. Kejayaan PASTI membuktikan bahawa PAS berjaya mendapat tempat dalam aspek pendidikan pra-sekolah di Malaysia.

SRITI WP telah mengikut kurikulum yang diselaraskan di peringkat pusat iaitu menggabungkan 3 kurikulum iaitu KSSR, JAWI dan KAFFAH. KAFFAH merupakan silibus pendidikan yang dihasilkan sendiri oleh PAS khusus untuk sekolah rendah bermula darjah 1 hingga darjah 4. Kurikulum KAFFAH merentasi aqidah kerana setiap subjek yang diajar dikaitkan dengan nilai-nilai Islam yang akan membentuk jati diri Muslim yang kuat buat anak-anak hasil didikan SRITI.